nitial Incident

News

Wawancara Rampai Pagi 15 April 2021: Hari Sedunia Untuk Keselamatan dan Kesihatan Di Tempat Kerja

PUBLISHED:15 April 2021

Hari Sedunia Untuk Keselamatan dan Kesihatan di Tempat Kerja jatuh pada 28hb April 2021 setiap tahun dan ianya adalah bertujuan bagi meningkatkan kesedaran mengenai pencegahan kemalangan di tempat kerja dan peningkatan budaya dan amalan terbaik untuk memastikan keselamatan tempat kerja.

 

Pada tahun ini, fokus Hari Sedunia Untuk Keselamatan dan Kesihatan Di Tempat Kerja atau World Day for Safety and Health at Work adalah kepada strategi pengukuhan sistem keselamatan dan kesihatan pekerjaan (OSH) kebangsaan bagi membina ketahanan dalam menghadapi krisis sekarang dan masa akan datang.

 

Tema World Day for Safety and Health at Work pada tahun ini adalah Anticipate, prepare and respond to the crisis - INVEST NOW IN RESILIENT OSH SYSTEMS

(Menjangka, mempersiapkan diri dan bertindak balas terhadap krisis - membina keupayaan untuk mewujudkan sistem keselamatan dan kesihatan perkerjaan yang berdaya tahan)

 

Temanya adalah tepat pada masanya kerana sepanjang tahun lalu, seluruh Dunia termasuk Negara Brunei Darussalam telah dan sedang menangani wabak Covid-19 dan ini mengakibatkan majikan, pekerja dan penduduk umum menghadapi cabaran yang belum pernah terjadi sebelumnya.