Sesi Muzakarah SHENA bersama Penghulu-Penghulu Mukim dan Ketua-Ketua Kampong di Daerah Brunei Muara, Temburong, Tutong dan Belait
Published
05 February 2025
5 & 6 Februari 2025 – Autoriti Kebangsaan Keselamatan, Kesihatan dan Alam Sekitar (SHENA), dengan kerjasama Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri, baru-baru ini telah mengadakan Sesi Muzakarah bersama Penghulu-Penghulu Mukim dan Ketua-Ketua Kampong untuk mengukuhkan usaha dalam meningkatkan tahap keselamatan dan kesihatan di tempat kerja di seluruh negara.